Berapakah jumlah pembiayaan maksimum dan minimum?
Pembiayaan maksimum adalah RM 150,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus. Pembiayaan minimum ialah RM 5,000.00.
Adakah pembiayan ini selaras dengan hukum syariah?
Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan syariah.
Adakah pembiayan ini selaras dengan undang-undang kerajaan?
Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan undang-undang kerajaan.
Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan?
Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 Peratus daripada gaji kasar, termasuk elaun-alaun tetap.
Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap?
Semua jenis elaun/imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh : elaun khidmar awam, elaun perumahan, elaun wilayah, elaun keraian, elaun kritikal, elaun khas kementerian dan lain-lain.
Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan?
Tidak .Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Bolehkah pembiayaan ini digunakan untuk menyelesaikan tanggungan lain?
Boleh, Sila sertakan penyata baki tanggungan semasa pemohon semasa membuat permohonan. Bagaimanapunia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru di mana ia tidak melebihi kadar 60 peratus yang ditetapkan.
Berapa peratuskah jumlah bersih pinjaman yang akan diterima oleh pemohon?
Pemohon akan mendapat 83% daripada jumlah keseluruhan pinjaman setelah ditolak fi masuk, fi proses, insuran, dan setem duti dan lain-lain caj seperti yang ditetapkan dari masa kesemasa.
Berapakah tempoh pemprosesan pembiayaan ini?
Tempoh pemprosesan ialah selama 3 hari bekerja. Setiap permohonan akan dimaklumkan samada diluluskan atau tidak dalam tempoh tersebut.
Bilakah pengeluaran boleh dibuat?
Pengeluaran akan dibuat dalam mada 2 hari bekerja selepas kelulusan diterima dan semua surat penjanjian telah disempurnakan. Pengeluaran yang melibatkan pembayaran penyelesaian pinjaman lama akan bergantung kepada secepat mana penyata baki pinjaman tersebut diperolehi.
Bagaimanakah cara pengeluaran dibuat?
Pengeluaran akan dibuat dengan mengkreditkan akaun peminjam seperti yang dimaklumkan oleh peminjam.
Adakah “blacklist” boleh memohon ?
Blacklist juga boleh memohon, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tambahan. Sila rujuk kepada agen jualan untuk maklumat lanjut.
Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan?
Tempoh adalah dari 12 bulan sehingga 180 bulan
Bolehkah penyelesaian pembiayaan dibuat sebelum tempoh sebenar?
Ya. Penyata baki penjaman untuk penyelesaian boleh diminta daripada koperasi pada bila-bila masa dalam tempoh pembiayaan tersebut.
Adakah penyelesaian pembiayaan melibatkan apa-apa kos tambahan?
Tiada.
Berapakah kadar keuntunggan pembiayaan?
Kadar keuntunggan adalah dari 3.99% setahun.
Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini?
Bayaran balik adalah melalui potongan gaji bulanan melalui Biro Perkhidmatan Angkasa




No comments:
Post a Comment